Berhenti Merokok Boleh Bantu Melindungi Dari Coronavirus – Pakar Perubatan Kanada

Kajian menunjukkan “bukti yang cukup” bahawa merokok melemahkan fungsi pertahanan sistem imun.

 

Kebimbangan yang semakin meningkat akibat wabak novel Coronavirus (COVID-19) yang sedang merebak secara mendadak menyebabkan pegawai kesihatan awam Kanada mengesyorkan beberapa cara supaya warga negara tersebut boleh meningkatkan sistem imun dan melindungi diri mereka daripada virus.

 

Antara cadangannya ialah berhenti merokok!!!

 

Satu kajian baru-baru ini dimana lebih daripada 44,000 kes coronavirus yang disahkan di China menunjukkan bahawa lelaki (2.8%) lebih cenderung daripada wanita (1.7%) yang meninggal akibat Coronavirus. Lelaki mewakili 51% kes yang disahkan. Beberapa penyelidik percaya merokok menjadi punca perbezaannya.

 

 

Lelaki berbangsa cina merokok melebihi daripada wanita berbangsa cina – satu tinjauan kebangsaan pada tahun 2010 mengenai rokok telah mendapati bahawa 62.4 peratus lelaki berbangsa cina adalah perokok berbanding hanya 3.4 peratus wanita – dan merokok telah terbukti merosakkan kesihatan diri seseorang.

 

Kajian pada tahun 2016 telah menemukan “bukti yang kukuh” bahawa merokok melemahkan fungsi pertahanan sistem imun.

 

Selain itu, kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa walaupun hanya sekadar perokok sosial atau jarang-jarang merokok juga boleh menjadi punca kerosakan kepada badan seseorang, yang membawa kepada masalah seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan hipertensi.

 

Merokok juga berkemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti virus seperti COVID-19. Terdapat “bukti konklusif bahawa merokok dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan virus pernafasan,” setiap hasil laporan oleh Pakar Bedah pada tahun 2014.

 

Terdapat juga sedikit data terkini yang membuktikan merokok adalah faktor risiko COVID-19, tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia adalah satu kemungkinan.

 

“Terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita dalam wabak ini dari segi keseriusan, dan sudah tentu terdapat perbezaan yang ketara dalam tabiat merokok di China,” Michael Ryan, Pengarah Pengurusan Program Kecemasan Kesihatan WHO, berkata di persidangan berita pada 14 Feb.

 

Robert Schwartz dari Dalla Lana School of Public Health di Universiti Toronto bersetuju.

 

“Ia sangat terkenal dan terbukti secara saintifik dalam banyak kajian bahawa merokok akan memudaratkan sistem imun badan,” beliau berkata pada Global News.

 

Berhenti merokok memberikan kesan positif pada badan seseorang hampir serta merta – secara umumnya berkaitan dengan kesihatan jantung, menurut Schwartz.

“Kita tahu bahawa apabila seseorang itu berhenti merokok, peluang mereka untuk dapat serangan jantung juga turut menurun,” kata beliau.

 

Kesan Sampingan Merokok

Merokok dikaitkan dengan lebih daripada 24 jenis penyakit serius, menurut Kesihatan Kanada, dan kebanyakan penyakit ini mula berbalik apabila seseorang itu berhenti merokok.

 

Kerap merokok telah dikaitkan dengan: masalah jantung dan salur darah, beberapa jenis kanser, paru-paru dan masalah respirasi dan kematian pra matang.

 

 

Berhenti merokok telah membuktikan memberi manfaat segera kepada kesihatan seseorang, seperti yang dikatakan oleh Kesihatan Kanada. Dalam masa 20 minit, tekanan darah anda akan menurun ke tahap yang sama sebelum rokok terakhir anda.

 

Dalam masa 8 jam, tahap karbon monosida (gas toksik) di dalam darah anda turun ke normal, dan dalam masa 24 jam, risiko anda untuk menghadapi serangan jantung akan mula menurun. Selepas 10 tahun tidak merokok, peluang anda untuk meninggal akibat kanser paru-paru menurun secara mendadak.

 

Ketika wabak, kebersihan adalah kunci

Kerap mencuci tangan adalah salah satu tip yang disyorkan oleh Pegawai Kesihatan Awam Kanada untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.

 

 

“Anda boleh sentiasa sihat dan mengelak penyebaran jangkitan dengan … selalu mencuci tangan anda dengan sabun dan air untuk sekurang-kurangnya 20 saat,” kata laman sesawang kerajaan Kanada.

 

“Setiap individu boleh mengamalkan langkah pencegahan setiap hari dengan kerap mencuci tangan, tidak keluar rumah ketika sakit, dan tutup mulut apabila batuk atau bersin,” halaman Pusat Kawalan Penyakit mengatakan tentang bagaimana untuk mencegah penyebaran COVID-19 dalam komuniti.

 

Jason Tetro, seorang mikrobiologi dan jurucakap ‘Super Awesome Science Show’ podcast, menyamakannya dengan membasuh pinggan setelah berminyak.

“Anda menggunakan surfaktan (seperti sabun) kerana surfaktan memecahkan lapisan lipid, dan begitu juga dengan coronavirus yang tiada beza dengan virus yang lain seperti selesema, apabila ia terdedah dengan sabun dan air,” kata beliau kepada Global News.

 

Kekerapan seseorang mencuci tangan mereka boleh berbeza-beza, kata Tetro.

“Perkara yang paling penting adalah ketika tangan anda sentuh permukaan atau dalam keadaan dimana anda tidak dapat agak apakah komposisi mikrob yang ada, adalah lebih baik jika anda mencuci tangan anda,” kata beliau.

 

Cadangan lain termasuk batuk dan bersin di siku anda dan mengelakkan menyentuh wajah anda.

 

 

WHO juga menasihatkan menjaga jarak sekurang-kurangnya 3 kaki antara diri anda dengan seseorang yang batuk atau bersin, untuk mengelakkan pendedahkan kepada titisan. “Apabila seseorang itu batuk atau bersin, mereka menyembur titisan cecair kecil dari hidung atau mulut mereka yang mungkin mengandungi virus.”

 

Wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan, China pada bulan Disember 2019, telah memberi kesan ekonomi global yang buruk apabila beberapa negara melaksanakan perintah berkurung dalam usaha membendung virus itu yang telah merebak ke seluruh dunia.

 

Pada 15 Mac, 2020, Kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan hampir dua kali ganda – meningkat sebanyak 190 kes dalam sehari – menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 428 kes.

 

Di peringkat global, seramai 167,392 orang telah dijangkiti Covid-19 setakat ini dengan 6,503 kematian.

 

Sumber: https://globalnews.ca/news/6634469/coronavirus-smoking/

Kongsi pesanan ini kepada teman-teman anda.

Subscribe to our newsletter

Related Articles

#misirayabuddy

Hi Buddy! #MisiRayaBuddy memberikan anda peluang untuk mengejar ganjaran 1500 NP+ dengan nilai Cashback RM150 dengan menyelesaikan 3 Misi Raya yang mudah!

×

Cart

Subscribe to our newsletter

EASYSENDY.com