Elakkan Jangkitan CoVid-19 : Makanan Bersih Tanggungjawab Bersama.

NCARE menyahut saranan pihak berkuasa menyeru setiap rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan dan penyediaan pemakanan yang bersih dan sihat dalam menangani risiko jangkitan COVID-19.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 – 31 Mac 2020 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 17 Mac 2020, penjagaan kebersihan bukan sahaja dari segi fizikal diri, tapi juga dalam pemakanan harian.

  1. Pastikan persekitaran tempat penyediaan makanan dan tempat makan (dapur dan meja makan) sentiasa bersih kerana anda perlu memastikan sistem imunisasi badan di tahap paling kuat untuk melawan jangkitan.
  2. Pastikan tangan dan perkakas memasak bersih sebelum mengendali bahan makanan dan memasak. COVID-19 dikenalpasti mampu berjangkit melalui sentuhan permukaan yang tercemar.
  3. Pastikan diet pemakanan anda seimbang dan kurangkan pengambilan makanan segera serta junk food walaupun anda mungkin berasa bosan kerana tidak boleh meninggalkan rumah.

4.  Ambil langkah berjaga-jaga semasa menerima servis penghantaran makanan ke rumah – guna topeng muka dan bersihkan tangan sebaik sahaja masuk kembali ke rumah.

5.  Hanya hantar satu wakil isi rumah untuk membuat pembelian makanan atau ubat-ubatan penting, apabila perlu sahaja.

6.  Pastikan anda minum air bersih (8 – 12 cawan sehari) untuk memastikan sistem imunisasi badan anda berfungsi pada kadar optima.

7. Pastikan anda meneruskan pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti hipertensi, kencing manis, darah tinggi.

Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Kongsi pesanan ini kepada teman-teman anda.

Subscribe to our newsletter

Related Articles

#misirayabuddy

Hi Buddy! #MisiRayaBuddy memberikan anda peluang untuk mengejar ganjaran 1500 NP+ dengan nilai Cashback RM150 dengan menyelesaikan 3 Misi Raya yang mudah!

×

Cart

Subscribe to our newsletter

EASYSENDY.com