5 Tips Mudah Berkerja Di Rumah Dengan Produktif

 

Ini kali pertama anda kerja di rumah?

Susah nak kekalkan motivasi?

Rasa seperti prestasi kerja anda berkurangan jika tidak di pejabat?

Cuba tips mudah berikut untuk meningkatkan prestasi kerja di rumah.

 

 

  1. Kekalkan rutin harian dengan berpakaian seperti ke pejabat

Agak susah untuk kekal produktif dengan berpakaian tidur. Mulakan hari anda sama seperti anda mahu ke tempat kerja. Makan sarapan berkhasiat, bersenam, dan jaga kebersihan dan penampilan diri.

 

Penampilan professional akan memberikan anda keyakinan dan keselesaan untuk memulakan kerja dengan penuh motivasi. Ini penting lebih-lebih lagi jika anda terlibat dengan “virtual meeting” dengan aplikasi teleconferencing.

 

 

  1. Sediakan ruang tempat kerja yang sesuai

Tempat kerja yang selesa dan bersih akan membantu anda berkerja di rumah dengan lebih teratur dan produktif. Pilih kerusi yang selesa dan gunakan meja kerja dengan saiz sesuai.

 

Cuba hiasi ruang kerja dengan gambar keluarga, lilin beraroma, bunga atau apa sahaja yang membuatkan anda senyum. Yang penting, suasana kerja ini membuatkan anda rasa selesa dan positif kerana ini pastinya membantu prestasi kerja anda meningkat.

 

  1. Mainkan muzik

Muzik yang sesuai mampu membantu anda untuk fokus pada tugasan, malah mungkin memberikan inspirasi. Lagu instrumental piano dan gitar akustik adalah pilihan popular tetapi anda juga boleh cuba memainkan bunyi hujan, ombak laut, atau angin.

 

Ini mampu memberi impak kepada anda dengan mengurangkan gangguan bunyi di rumah dan mewujudkan produktiviti kerja yang berkekalan. Pastikan lagu yang anda mainkan tidak mengganggu ahli keluarga anda. Dalam situasi ini, fon kepala mungkin lebih sesuai digunakan.

 

  1. Tegas pada waktu rehat

Rehat amat penting dalam proses produktiviti harian anda. Tanpa rehat secukupnya membolehkan anda berasa letih dan tiada mood untuk bekerja.

 

Jangan sesekali menangguhkan waktu rehat anda demi menyiapkan kerja anda. Rehat dapat membantu anda menyegarkan diri anda dan membantu anda meningkatkan fokus serta mutu hasil kerja anda akan bertambah baik.

 

Gunakan waktu rehat pendek dengan bijak. Duduk di kerusi terlalu lama boleh membuatkan anda sakit badan dan mengantuk serta memberi kesan buruk kepada postur badan anda. Cuba berdiri sebentar dan buat senaman ringan kerana ini boleh membetulkan semula postur badan anda. Merenggangkan badan anda mampu mengurangkan rasa mengantuk ketika bekerja di rumah.

 

 

  1. Berhenti merokok

Tahukah anda pekerja yang merokok secara puratanya mengambil cuti sakit yang lebih banyak dari rakan kerja yang tidak merokok?

 

Dalam kajian di China melibatkan puluhan ribu pekerja, ketidakhadiran pekerja yang merokok adalah 48% lebih tinggi daripada pekerja yang tidak merokok. Jadi, dengan berhenti merokok, secara tidak langsung dapat membantu anda meningkatkan prestasi kerja anda. Anda dan orang-orang di sekeliling anda juga akan menikmati kehidupan yang lebih sihat.

 

Jika sukar untuk anda berhenti merokok, anda boleh mencari cara yang lain untuk membantu anda berhenti merokok. Salah satu kaedah paling efektif di pasaran adalah Electronic Nicotine Delivery System (ENDS). Antara ENDS terbaik di pasaran adalah NCIG Total Solution yang boleh anda cuba di sini.

 

 

Kongsi pesanan ini kepada teman-teman anda.

Subscribe to our newsletter

Related Articles

#misirayabuddy

Hi Buddy! #MisiRayaBuddy memberikan anda peluang untuk mengejar ganjaran 1500 NP+ dengan nilai Cashback RM150 dengan menyelesaikan 3 Misi Raya yang mudah!

×

Cart

Subscribe to our newsletter

EASYSENDY.com